EPL 2012 : Manchester City juara EPL selepas 44 tahun


MANCHESTER: Manchester City dinobatkan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas mencatatkan kemenangan dramatik 3-2 ke atas Queens Park Rangers di depan penyokong sendiri.

Skuad bimbingan Roberto Mancini buat pertama kalinya untuk tempoh 44 tahun menjulang Piala EPL selepas mencatatkan kemenangan dalam perlawanan penutup liga musim ini.

Di sebalik kemenangan 1-0 Manchester United ke atas Sunderland beberapa minit sebelum itu, jaringan penyerang Argentina, Sergio Aguero pada masa kecederaan melakarkan detik bersejarah buat penyokong Manchester City di Stadium Etihad.

“The Citizens” bergelar juara EPL musim ini berdasarkan perbezaan jaringan yang memihak kepada kepada Manchester City sehingga ke perlawanan terakhir liga.

– AP/Premierleague.com
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url