Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2012 akan diumumkan Rabu, 30 Januari 2013.
Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Malaysia, semua calon boleh mendapatkan keputusan masing-masing mulai jam 10 pagi pada hari sama.
Keputusan calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau calon boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri di tempat mereka mendaftar.
Seramai 8,822 calon menduduki STAM, tahun lalu di 116 pusat peperiksaan seluruh negara. Mereka terdiri dari 3,999 calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan, manakala 2,697 calon Sekolah Menengah Agama Negeri.
Seramai 681 calon lagi daripada Sekolah Agama Rakyat, 1,359 calon persendirian dan 49 calon sekolah menengah swasta.
Menurut kenyataan itu, calon juga boleh menyemak keputusan melalui mySMS dengan menaip STAM (angka giliran) ke nombor 15888 mulai jam 10 pagi 30 Januari hingga jam 11.59 malam, 5 Februari 2013.
Info, Keputusan, Semakan
By
MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN)
Ahad, Januari 27, 2013
Written by:
MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN)
Keputusan peperiksaan STAM 2012 pada 30 Januari 2013
Blogger Informasi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 Comment:
Catat Ulasan
Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.