Malindo Air Lancar Penerbangan Tambang Rendah Pertama Pada 22 Mac 2013
Sebagai permulaan, syarikat penerbangan kos rendah kedua negara ini akan menawarkan tambang inklusif ke Kuching bermula dari RM38, manakala perjalanan ke Kota Kinabalu bermula pada RM68.
Tempahan sulung ke Kota Kinabalu pada 22 Mac ini akan dibuka mulai hari ini.
Penerbangan menggunakan Boeing 737-900ER itu menawarkan televisyen persendirian di setiap tempat duduk.
Malindo turut menawarkan perkhidmatan bagasi daftar masuk percuma 15 kilogram (kg) untuk kelas ekonomi dan 30kg untuk kelas perniagaan.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha menyerahkan AOC kepada Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air, Chandran Rama Muthy dalam satu majlis di Hotel Marriott Putrajaya pada Khamis.
"Dengan adanya Malindo Air sebagai syarikat penerbangan yang baru di negara ini, ia akan merangsang syarikat penerbangan lain untuk terus menawarkan perkhidmatan yang lebih baik dalam usaha untuk menarik pelanggan," kata Kong dalam ucapan perasmian beliau.
Malindo adalah usahasama antara Malaysia Nadi Sdn Bhd dan syarikat penerbangan domestik terbesar Indonesia, Lion Air di bawah syarikat induk PT Lion Group.
Tempahan boleh dibuat secara online di : http://www.malindoair.com/