Kelajuan internet Malaysia berada di tangga ke-3 di ASEAN
Malaysia berada di ranking ke-3 dalam kalangan negara-negara ASEAN daripada segi kelajuan purata muat turun jalur lebar talian tetap dengan 86.82 megabit sesaat (Mbps) pada Julai lalu, peningkatan sebanyak 5.36 Mbps berbanding Jun.
Negara berada di belakang Singapura yang memiliki kelajuan purata 213.18 Mbps dan Thailand (171.45 Mbps), yang masing-masing berada di ranking pertama dan ketiga global.
Untuk peringkat global, Malaysia berada di kedudukan ke-41, turun satu anak tangga berbanding di tangga 40 pada bulan Jun lalu, demikian menurut buletin bulanan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
“Bagi jalur lebar mudah alih, Malaysia berada di kedudukan ke-6 dalam negara ASEAN dengan kelajuan 24.44 Mbps pada Julai dan tangga ke-85 pada peringkat global.
“Untuk internet mudah alih, Malaysia berada di belakang Singapura, Thailand, Vietnam, Laos dan Myanmar,” katanya.
Selain itu, SKMM menjelaskan, permodalan pasaran bagi sektor komunikasi dan multimedia di Bursa Malaysia kepada RM127.34 bilion pada hujung Ogos berbanding Julai.
Sumber : Kosmo!