Rangkaian TV Media Prima Kini Bersiaran Dari Balai Berita

 


Hampir tiga dekad beroperasi di Sri Pentas Bandar Utama, operasi berita rangkaian televisyen Media Prima Berhad melabuhkan tirainya di Sri Pentas semalam, Ahad (20 Oktober 2024).
Untuk rekod, operasi berita rangkaian televisyen Media Prima Berhad bagi saluran TV3, 8TV, TV9 dan Didik TV akan beralih lokasi dan bersiaran sepenuhnya di Balai Berita, Bangsar mulai hari ini, Isnin (21 Oktober 2024) sejajar dengan perpindahan operasi kesemua platform berkenaan ke premis yang diubah suai itu.
Menerusi laporan Harian Metro, Penasihat Eksekutif, Jabatan Berita dan Ehwal Semasa Rangkaian Televisyen Media Prima Jasbant Singh berkata, penyiaran semua siaran buletin daripada TV3, TV8, TV9, termasuk TV Didik yang bersiaran di Balai Berita NSTP adalah detik bersejarah bagi rangkaian televisyen Media Prima khususnya selepas lebih tiga dekad beroperasi di Sri Pentas.
Kata beliau lagi, operasi di Balai Berita NSTP dilihat juga sebagai lebih dinamik dan relevan bagi Media Prima sebagai sebuah syarikat media yang inklusif di Malaysia.
"Kita akan sebumbung dengan semua platform media di NSTP yang juga antara jenama media di bawah Media Prima iaitu Harian Metro, Berita Harian dan New Straits Times.
"Dengan perpindahan ini dengan studio dan peralatan baru, kami yakin dapat terus memenuhi aspirasi rakyat Malaysia yang inginkan berita terkini dengan hiburan sensasi," katanya selepas menghadiri majlis bacaan Yasin di studio baharu rangkaian televisyen Media Prima di bangunan Balai Berita NSTP.

Tonton video siaran terakhir Buletin Utama TV3 di Sri Pentas :
https://www.youtube.com/watch?v=1djDQU-M_bc



Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url