Telefon bimbit CSL serendah RM78


Pengeluar telefon bimbit tempatan, Kumpulan Syarikat CSL (CSL) akan memperkenalkan telefon bimbit dengan harga serendah RM78 seunit bulan depan untuk menguasai pasaran dalam negara dan yakin dapat menjual kira-kira 20,000 unit sebulan.

Dengan harga serendah itu, syarikat berkenaan yakin dapat meningkatkan jumlah jualan kepada 300,000 unit menjelang akhir tahun ini.

Pengurus Besar CSL, Edwin Gan, berkata CSL menjual lebih 300,000 unit telefon bimbit membabitkan 47 model di antara November 2007 hingga Mei lalu.

"Ini tidak termasuk tujuh model baru yang dilancarkan malam ini iaitu M28, M52i, DS28i, DS88i, SP10i, K500i dan Blueberry-i," katanya pada `CSL Star Dealers' Night 2009' di sini, malam kelmarin .

Produk baru telefon bimbit itu diperkenalkan oleh barisan finalis Miss Pageant 2009.

Sempena pelancaran itu juga, CSL memperkenalkan dua produk baru multimedia iaitu N1000 netbook dan model baru 3.5G HSDPA USB modem - U1-TF Blossom.

Edwin berkata, ketika ini, CSL mempunyai 120 kiosk jualan di seluruh negara dan jumlah itu dijangka bertambah 50 lagi menjelang akhir tahun ini.

Bagi separuh penggal kedua tahun ini, katanya syarikat itu bercadang melabur RM1.5 juta untuk mengukuhkan jenama produk CSL, RM1 juta untuk meningkatkan kemudahan di pusat servis dan RM1 juta lagi untuk pembangunan perisian dan kandungan digital.

Katanya, CSL juga mempunyai 18 pusat servis bagi memberi perkhidmatan selepas jualan kepada pengguna.

"Dengan kekuatan 150 kakitangan teknikal, kami merancang memberi perkhidmatan lebih baik kepada pengguna.

"Berikutan itu, kami akan membuka lebih banyak pusat kutipan dengan menggunakan premis pengedar utama yang letaknya di seluruh negara sebelum akhir tahun ini," katanya.

Sehingga kini, produk yang dihasilkan CSL dikenali sebagai barangan buatan Malaysia dan sebagai pengeluar telefon bimbit tempatan, syarikat itu yakin rakyat negara ini akan menyokong usaha CSL.

CSL : www.cslcare.com
Next Post Previous Post
5 Comments
  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Khamis, 18 Jun 2009 pada 2:03:00 PTG SGT

    apa model yang jenis kat gambar 2..

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Khamis, 18 Jun 2009 pada 2:04:00 PTG SGT

    modal jnis pe yang kat gmba 2..

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Jumaat, 19 Jun 2009 pada 5:40:00 PTG SGT

    Modal hand set ini CSL M50i..

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Ahad, 19 Julai 2009 pada 3:28:00 PTG SGT

    baru beli model k500i....ok gak....

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Ahad, 19 Julai 2009 pada 9:27:00 PTG SGT

    CSL Blueberry-i leh guna Facebook Mobile x? kalau boleh, macam mane ye? Anyone... tolong

Add Comment
comment url