Top Ad 728x90

PTPTN peruntuk RM33 bilion pinjaman ke IPTA

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperuntukkan pinjaman RM32.6 bilion kepada 200,000 pelajar yang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara pada tahun ini.

Timbalan Pengurus PTPTN, Nora Yusof berkata, daripada jumlah itu, pihaknya memperuntukkan RM71 juta bagi wang pendahuluan pembiayaan (WPP) kepada 47,000 pelajar baru yang bakal mengikuti pengajian di IPTA tahun ini.

Menurut beliau, bagi memastikan dana WPP sampai ke tangan pelajar, pihaknya turun padang ke 45 kawasan Parlimen seluruh negara untuk menyalurkan dana itu.

"Sebahagian dana tersebut diposkan ke alamat pelajar yang layak menerimanya," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan WPP PTPTN kepada 131 pelajar dalam Parlimen Maran di Dewan Tasik Maran di sini semalam.

Majlis penyerahan WPP kepada bakal mahasiswa itu disempurnakan Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib.

Nora memberitahu, setiap pelajar terbabit memperoleh WPP RM1,500 untuk persiapan sebelum mendaftar di IPTA.

Beliau turut mengingatkan penerima PTPTN supaya membayar pinjaman masing-masing sebaik sahaja mendapat pekerjaan tetap selepas tamat pengajian.

"Ini penting kerana bayaran pinjaman itu dapat digunakan pula untuk pelajar lain pada masa akan datang.

"Peruntukan pendidikan yang disediakan kerajaan sangat besar bagi membantu rakyat berpendapatan rendah dan sederhana mendapat pendidikan tinggi," tegasnya.

Peruntukan itu juga, tambahnya, membuktikan kerajaan amat komited terhadap usaha meningkatkan kualiti pendidikan negara setanding dengan negara maju.

Tambah beliau, PTPTN ditubuhkan sejajar dengan hasrat kerajaan yang tidak mahu ada pelajar cemerlang gagal memasuki IPTA atas sebab kewangan.

- UTUSAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90