Top Ad 728x90

YPU bangunkan 11 T'Shop tahun ini

KUALA TERENGGANU 13 Jun - Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) akan mengeluarkan pinjaman sebanyak RM1.4 juta untuk pembangunan kedai serbaneka, T'Shop, dalam tempoh enam bulan tahun ini.

Pengurus Besar YPU, Azmi Razik berkata, ia melibatkan seramai 11 usahawan, dengan kadar pinjaman antara RM50,000 dan RM100,000 seorang.

"Kita masih memproses lapan lagi permohonan daripada usahawan untuk membuka T'Shop tahun ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Azmi berkata, ia merupakan pinjaman mudah tanpa faedah, bertujuan untuk melahirkan lebih ramai usahawan di Terengganu.

Beliau berkata, sasaran YPU sehingga tahun 2013 ialah melahirkan 100 usahawan T"Shop yang berjaya, selain mewujudkan peluang pekerjaan kepada penganggur.

Azmi berkata, beliau yakin T'Shop yang menjual produk hasil keluaran Terengganu, akan dapat bersaing dengan kedai-kedai serbaneka popular lain dan maju pada masa akan datang.

Menurut beliau, sambutan orang ramai terhadap T'Shop sangat menggalakkan, dengan kutipan hasil jualan antara RM2,000 dan RM4,000 setiap hari.

Beliau berkata, setiap T'Shop kini mampu memberi peluang pekerjaan kepada enam hingga tujuh orang pekerja.

Azmi berkata, YPU juga merancang membuka mini T'Shop di kampung-kampung dan kawasan perumahan di seluruh Terengganu pada masa akan datang.

- BERNAMA

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90