Bill Gates individu terkaya Amerika Syarikat

SAN FRANCISCO 20 Sept.2012 - Pengasas Microsoft, Bill Gates, muncul sebagai individu terkaya di Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh 12 tahun berturut-turut, menurut majalah Forbes. Majalah ekonomi itu menganggarkan Gates memiliki kekayaan sebanyak AS$66 bilion (RM202 bilion), sementara jutawan pelaburan Warren Buffet pula berada di kedudukan kedua dengan aset bernilai AS$46 bilion (RM141 bilion). Pengasas Oracle, Larry Ellison, pula menduduki tempat ketiga dalam senarai dengan aset sebanyak AS$41 bilion (RM125 bilion). Laurene Powell Jobs yang merupakan balu kepada pengasas bersama Apple, Steve Jobs muncul sebagai nama baru dalam senarai individu terkaya apabila memiliki kekayaan bersih AS$11 bilion (RM33.8 bilion). Nilai kekayaan pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg pula merosot sebanyak AS$8.1 bilion (RM24.8 bilion) kepada AS$9.4 bilion (RM28.2 bilion), sekali gus menyebabkannya jatuh ke tempat ke-36 dalam senarai berbanding kedudukan ke-14 tahun lalu. Nilai keseluruhan individu terkaya itu menyaksikan harta kekayaan mereka meningkat naik sebanyak 10 peratus dengan gabungan kekayaan 400 individu di AS meningkat daripada AS$1.5 trilion (RM4.6 trilion) kepada AS$1.7 trillion (RM5.2 trilion). - DPA

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Tawaran Istimewa E-Book

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan lebih 1,000 buah Koleksi E-book pelbagai topik dengan hanya RM20.00 sahaja. WhatsApp "E-BOOK RM20" ke: 0139790000

lihat tawaran