Imam Hasan Al Banna
Menurut cerita dari Saiful Islam (putera kepada Hasan Al-Banna): "Pada pagi hari, aku berdua dengan datukku sajalah menghadapi jenazah ayahku. Tiba- tiba dengan perasaan kesedihan, datukku mengangkatkan kedua tangannya arah ke langit, lalu berdoa, doa dari hati yang teraniaya: "Oh, Tuhan! Timpakanlah kehinaan kepada Raja yang zalim ini, hina yang tidak akan merasai kehormatan lagi sesudah itu".
Akhirnya Raja Farouk telah dijatuhkan dari takhtanya dan diusir dari Mesir secara hina pada bulan Julai 1952. Mati harimau meninggalkan belang, mati gajah meninggalkan gading, demikian bunyi peribahasa. Peribadi dan perihidup Hasan Al-Banna terus dipelajari, diteliti dan digali kembali dari kuburnya walaupun beliau sudah tiada lagi didunia ini.
Walaupun Al-Imam Hasan Al-Banna telah disingkirkan secara kejam, namun ajaran Al-Ikhwanul Muslimin yang beliau tinggalkan tetap utuh dan telah menimbulkan kesedaran baru di seluruh alam Islami, semakin hari semakin berkembang.
Tidak syak lagi, Al-Imam Hasan Al-Banna merupakan seorang pemuda Islam yang dinamik, seorang mubaligh dan jurudakwah yang lincah, seorang guru, pendidik dan pengasuh yang pandai, seorang pejuang dan pemimpin yang cekap dan giat menegakkan agamanya walaupun berhadapan dengan seribu mehnah dan rintangan.
Semoga beliau akan ditempatkan bersama dengan para syuhadak sebagai balasan terhadap pengorbanan besar beliau dalam memperjuangkan Islam. Sekian, wassalam."