Rahsia Lelaki
1. Hidup lelaki lebih mudah
Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding wanita. Kerana itu, lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk bahasa kiasan oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham, tetapi lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah dan jelas, secara berterus terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki kerana lelaki tidak akan faham jika wanita hanya berkias.
2. Bahasa lelaki adalah berlainan
Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yg menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir dari kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukan berbanding dari apa yang dikatakannya. Secara umumnya, lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.
3. Lelaki suka membisu
Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitif dan berdukacita sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti tetapi lelaki lebih suka menyembunyikan dan membisu. Lelaki lebih suka kepada sesuatu yang praktikal.
4. Lelaki tidak kompleks
Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan bahawa seseorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumahnya dan menyediakan makanan untuknya, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah (perkara asas).
5. Jangan paksa lelaki
Bila wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaannya, mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Maka adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik ke akar umbi. Lebih baik bagi wanita membaca bahasa badan lelaki, matanya atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada ketika itu fikirannya sedang bercelaru. Wanita tidak perlu bertanya atau memaksa kerana perlakuannya sudah mengambarkan apa yang difikirkannya.
6. Lelaki berahsia dengan lelaki lain / pasangan
Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercakap dengan wanita yang lain mengenai masalah, harapan dan kebimbangan yang amat rahsia dan peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedekimian rupa. Untuk melakukannya, lelaki memerlukan kekuatan dan keberaniaan yang tinggi (amat jarang). Bukan hanya berahsia dengan sesama lelaki, malahan juga dengan pasangannya. Lelaki paling pandai berahsia.