Top Ad 728x90

8G pada lelaki yang perempuan tak suka

1. Garang
(garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka
marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh... macam ler dia betul semua,
dsb) Lelaki perlu menginsafi diri bahawa wanita bukan alat untuk melepaskan
kemarahan atau perasaan geram, sebaliknya dihargai dan dilayan dengan
lemah-lembut.

2. Ganas
(kaki pukul, dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebabtahu perempuan bukan
lawannya) Lelaki bersikap ganas memang perkara utama yg dijauhi wanita
sebab tak mahu mata biru atau badan lebam-lebam bila dah kahwin. Tidak
kasihankah lelaki pada wanita yang lemah? Wanita bukan lawan lelaki
sebaliknya lelakilah yang patut melindungi wanita.

3. Gementar
(takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri,
bergantung pada orang lain, dsb) Contohnya, depan perempuan, lidah kelu
sampai ayat yg dilafaz kan pun tak jelas isi butir. Lelaki perlu mengatasi
rasa gementar.

4. Gabra
(tak pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan saja) Perempuan
tak suka lelaki yang tiada keyakinan diri atau cepat panik menghadapi
sesuatu perkara.

5. Gentleman tiada
(langsung tak gentle, pentingkan diri sendiri, ambik kesempatan, dsb)
Kalau masa bercinta tak gentleman, inikan pula kalau dah kahwin nanti.
Lelaki perlulah menghormati wanita selayaknya. Sudah pasti wanita itu juga
akan menghormati lelaki dengan perasaan hormat lagi.

6. Gerumal
(bahasa kedah -bohong atau tipu. Suka tipu perempuan untuk kepentingan diri
sendiri. Sekali dua boleh maaf, tapi ni berkali2.)

7. Ganggo
(keterlaluan- lembut sangat, pemalu sangat, pendiam sangat, macho sangat,
dll) Perempuan pun naik lemas jika lelaki bersikap keterlaluan dalam sesuatu
hal. Cubalah bersikap sederhana dan mengimbangi karektor diri anda dengan
baik.

8. Gatal
(miang keladi dengan perempuan lain selain dengan isteri) Tak boleh tengok
perempuan dahi licin atau anak dara, mulalah pasang niat nak mengorat. Anda
perlu ingat, kadangkala perempuan berpura2 melayan anda k erana ada udang
sebalik batu. Mungkin dia bermata materialistik dan cintakan duit anda
sahaja. Fahamilah perasaan isteri atau pasangan anda yang mencintai anda
sepenuh hati! Bukankah lebih baik menggoda isteri sah anda daripada
menggoda perempuan lain yang bukan hak anda.

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90