Tip guna kad kredit secara berhemah
- Jangan menggunakan kad kredit jika tidak dapat membuat bayaran bulanan.
- Hadkan jumlah kad kredit yang anda miliki.
- Jangan menggunakan kad kredit bagi mendapatkan wang tunai pendahuluan daripada mesin ATM. Ini kerana setiap kali anda menggunakan kad kredit bagi mengeluarkan wang, anda meningkatkan lagi komitmen hutang dan sebagai tambahan, anda terpaksa membayar caj pengeluaran dan kadar faedah harian yang tinggi.
- Bayar hutang kad kredit sebelum tarikh akhir bagi mengelakkan daripada membayar caj pembayaran lambat dan penalti.
- Awas mengenai akibat hanya membayar pada kadar minimum sepanjang masa.
- Jika anda mempunyai masalah aliran tunai, bayar jumlah minimum semasa terlebih dulu tetapi selepas itu anda perlu membayar jumlah penuh dengan secepat mungkin.
- Pastikan anda selalu menyemak penyata kewangan bulanan anda bagi memastikan segala urus niaga yang direkodkan adalah betul. Penyata kewangan akan mengandungi juga maklumat transaksi, yuran dan caj, tarikh bayaran akhir dan bayaran minimum. Hubungi bank jika terdapat sebarang kesalahan pada kenyataan kewangan, atau jika anda tidak menerima penyata kewangan anda.