Berkorban di seluruh dunia bersama Muslim Aid Asia (MAA)
Muslim Aid Asia (MAA) sedia membantu melalui program Korban For Life (Q4L) 2008 yang sedang berjalan sekarang.
Dengan kerjasama Muslim Aid Australia, Q4L MAA berfungsi sebagai penyalur bantuan makanan termasuk agihan daging korban dan pembangunan hasil sumbangan orang ramai kepada masyarakat Muslim yang memerlukan di seluruh dunia.
Melalui program Q4L MAA, bayaran RM350 dikenakan untuk setiap bahagian iaitu bagi seekor kambing biri-biri.
Tahun lalu, sebanyak 3,000 ekor kambing biri-biri korban sumbangan umat Islam disembelih di pusat sembelihan diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Australia diagihkan kepada golongan Muslim yang memerlukan.
Pengarah MAA di Malaysia, Wan Rosli Wan Muda percaya, tahun ini jumlah kambing biri-biri yang akan dikorbankan hasil sumbangan Muslim di negara ini akan terus meningkat.
Menurutnya, semua daging sembelihan korban ke atas 3,000 ekor kambing biri-biri yang ditinkan di Terengganu musim lalu telah diagih-agihkan kepada pelarian Palestin, Lubnan dan warga miskin sekitar Bangladesh.
“MAA juga turut mengagih-agihkan daging korban yang telah ditinkan kepada rumah anak-anak yatim sekitar Lembah Klang dan Terengganu,” katanya.
Mereka yang berminat menyalurkan hasil korban kepada saudara seagama yang memerlukan di seluruh dunia boleh menghubungi MAA di talian 03-22882996 atau e-mel ke mail@muslimaidasia.com atau layari laman web www.muslimaidasia.com dan laman blog di www.donateforummah.com.