Ekonomi Melayu
Di kala bangsa bumiputra masih bertahih untuk mengusai ekonomi negara , masih ketinggalan dari segi ekonomi , sosial malah pendidikan sekalipun , bangsa lain terus-menerus menyerang kita , dengan pelbagai cara.
Dengan menutup peluang pekerjaan , dengan syarat yang dangkal seperti menguasai mandarin.
Liciknya mengurangkan penyertaan bumiputra dalam bidang keilmuan , dengan cara mewujudkan kolej swasta yang begitu mahal yurannya , amat sedikit bangsa kita yang mampu.
Malah jika mereka menjadi pembekal barangan sekalipun , memanipulasi harga adalah perkara yang lumrah.Sekaligus menghimpit kehidupan bangsa kita yang majoritinya tinggal di luar bandar , yang kekuatan ekonominya masih rapuh.
Diburukkan lagi dengan perlakuan saudara-saudara sampah , yang mengalibabakan tender. rela menggali perigi menjadi timba, untuk mengisi baldi bangsa lain.
Rasuah , dengki-mendengki ,keji-mengeji , dan sebagainya , sudah cukup membuatkan dunia bumiputra berada pada tahap terhina.
Mengabaikan kemajuan bangsa sendiri demi kepentingan diri sendiri semata mengharap keuntungan atas angin yang sedikit cuma.
Sehingga sanggup memasukkan saudara sebangsa ke dalam lubang kubur yang sempit.Mewujudkan nereka-neraka dunia asal saja mereka dapat bersenang lenang berseorangan.
Biarlah kita menjadi generasi yang bakal mengubah kedudukan bangsa kita, bermula sekarang.
Tanamkan niat daripada sekarang, untuk mengubah masa depan bangsa bumiputra.Dengan izin tuhan , bakal lebih cerah.
Dengan tangan kita sendiri , biarlah dikotori dengan usaha-usaha , demi kemajuan bangsa dan generasi akan datang.
Jangan pula kita menjadi Bumiputra yang berkereta besar , cantik bajunya tapi dari hasil menjual maruah bangsa dan harga diri bangsa.Tinggi tarafnya kerana memijak saudara sebangsa.
Meski dilihat amat bergaya , tetapi kedudukan mereka secara hakiki adalah lebih hina dari sampah!
Lalu dengan ini saya menyeru agar bersama-sama kita , memperkasakan bangsa sendiri.Bersama kita menaik tarafkan kedudukan kita.
Kerana bangsa kita tidak mahu lagi kehilangan tanah walau seinci , tidak mahu lagi kehilangan satu tempat pun ke universiti dan tidak mahu lagi sebolehnya walau sesen pun mengalir ke poket bangsa lain.
Ini bukanlah satu seruan perkauman murahan, tapi semata untuk mengelakkan bangsa kita ditindas lagi.Moga-moga kita tidak lagi menjadi permaidani , pada luarannya indah , tapi dirinya dipjak-pijak.
Tiada salahnya menolong orang yang berada dalam kesusahan.Dan tiada salahnya untuk meningkat kedudukan bangsa sendiri.
Lalu saya menyeru mari bersama memperkasa ekonomi bangsa kita.
Dengan cara di bawah , di harap dapat diikuti secara turutan.Buatlah seboleh mungkin.
1.Berniat dan menggunakan barangan yang dihasilkan oleh Bangsa bumiputra sahaja.Sokongan penuh perlu diberikan kepada produk buatan bumiputra.
2.Membeli barangan keluaran bumiputra , dari peruncit bumiputra dan penjual bumiputra.
3.Jika tidak boleh , maka , belilah barangan dari
peruncit bumiputra , dan penjual bumiputra.
4.Jika tidak boleh , belilah dari penjual bumiputra.
5.Jika tidak boleh , belilah dari premis yang dapat memanfaatkan bumiputra , sekalipun bumiputra di lace w:st="on"sana lace hanyalah berjawatan tukang sapu.Asal sahaja ada bumiputra yang mendapat manfaat.
Jika langkah di atas tiada ruang untuk dituruti , maka dengan membeli dari bangsa lain adalah langkah yang terakhir.
Hiduplah kita memakai , makan , atau menulis sekalipun dengan menggunakan produk bangsa sendiri , setiap sen yang mengalir , biarlah ia dapat memanfaatkan bangsa kita.
Kita hendaklah lebih banyak berdikari dari menunggu subsidi atau bantuan dari pihak lain.
Bangsa kita bangsa bermaruah , yang tidak meminta-minta.Bangsa kita adalah bangsa yang besar kuasa membeli.Maka gunakan sebijaknya.