Makan Gaji - Adakah Anda Membuat Pilihan Yang Betul?
Realiti : Tidak ada zon selamat sebenarnya... bank juga boleh ditutup.
Mitos : Anda merasakan dapat gaji RM1,500 sebulan dah cukup banyak walhal nak beli TV plasma pun tak cukup...
Realiti : Orang yang berkerja sendiri RM1,500 hanyalah pendapatan bersih bagi satu projek sahaja..
Mitos : Anda rela naik bas turun bas atau naik kereta di awal pagi dan pulang lewat petang semata-mata untuk makan gaji dan menunaikan tanggungjawab...
Realiti : Di negara Barat sistem kerja dari rumah telah lama diamalkan. Mereka bukan sahaja mampu menyiapkan kerja bahkan dapat bersama keluarga...
Mitos : Anda menetapkan pada diri sendiri berapa pendapatan yang patut anda dapat berdasarkan kelayakan yang anda ada semasa memohon kerja..
Realiti : Sesiapapun berhak berjaya jika pandai mengambil peluang dan mengenalpasti kebolehan dan kekuatan yang ada pada diri sendiri...
Mitos : Tak pandai berniaga kerana tidak mempunyai bakat..
Realiti : Ramai yang berjaya kerana mereka tahu menggunakan bakat yang ada pada orang lain..