Tips Memilih Wanita Yang Sesuai Dibuat Isteri

1.Sebelum bercinta, bertanya dahulu pada dirinya apa yang dicari didalam hidup ini dan apa yang menjadi keutamaannya.Melalui jawapanya itu maka hendaklah kita sebagai lelaki menilai dan berfikir adakah kita dan dirinya sesuai untuk bersama serta berada pada landasan yang sama.Ini penting agar tidak berlaku percanggahan matlamat dan perancangan masa hadapan setelah berkahwin.

2.Pastikan sama ada keluarganya mempunyai apa-apa syarat yang telah ditetapkan kepada bakal menantu mereka. Ada ibu bapa yang tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang luar biasa tetapi sekadar yang biasa yang lumrah seperti mempunyai pekerjaan yang tetap, sihat tubuh badan,beriman dan bertanggungjawab. Ada juga ibu bapa yang meletakkan syarat yang agak pelik namun tidak boleh disalahkan pada mereka kerana itu hak mereka, sebagai contoh bagi yang beketurunan Syed atau Sharifah mereka berharap mendapat menantu dari keturunan ini juga, ada yang mahukan menantu bergelar doctor, lawyer atau lain-lain profesyen semata-mata kerana mahukan anak menantu mereka meneruskan perniagaan milik keluarga.Jadi selidiki habis-habis sebelum meneruskan langkah seterusnya kerana percayalah bakal mertua anda mungkin mengenakan syarat yang tidak masuk akal semata mata hendak menggagalkan hubungan anda dengan anak mereka secara halus dan lembut seperti meletakkan hantaran 20 ribu atau lebih sedangkan anda hanya seorang Jurutera kilang berpendapatan 2-3 ribu sebulan.

3.Bersahabat dengan dirinya selama mungkin dan salami hatinya. Selidiki kisah silam hubungan cintanya, dan harus anda pastikan yang dia memang telah melupakan kisah cinta lampau itu selama lamanya. Ini adalah amat penting kerana sifat wanita ini agak sukar untuk diramal dan diyakini.Mereka mampu berubah sekelip mata dan kadang kala setengah kelip sahaja.Mereka boleh kataka kisah cinta silam mereka itu satu sejarah yang telah dilupakan namun dengan hanya satu panggilan telifon dari kekasih lama mereka boleh goncang dan hilang arah, lalu mula meretakkan hubungan anda.Mereka akan tertekan dan bingun lalu kebingungan dan kekusutan mereka itu bakal menghantui diri anda dan yang pasti anda akan lebih tertekan.Bayangkan kekasih anda yang anda cintai sepenuh hati, jaga dengan baik sering dirayau melalui telifon oleh bekas kekasih dan dia pula melayan…… satu perkara yang sukar diterima….Haruskah teruskan hubungan dengan seorang wanita yang hatinya berbelah bahagi dan tidak tetap? Bayangkan apa yang akan terjadi jika langit tidak selalu cerah, selepas berumah tangga lalu kehidupan anda bermasaalah mungkin disebabkan kesempitan hidup, kesihatan atau lain lain . Disaat ini kita amat memerlukan pengorbanan dan kefahaman dari dirinya namun jika dia tidak tetap hati dan cintanya, maka tidak mustahil dia meninggalkan anda dengan mudah…awass dengan wanita seperti ini.

4.Jangan terlalu percayakan mereka yang bergelar wanita ini, namun bukan pula menyimpan syak dan keraguaan Cuma berhati hati itu lebih baik. Mereka sungguh cekap dalam bermain kata kata dan perasaan. Sentiasa berhati hati,dan awasi segala tindak tanduknya, kerana setiap gerak geri, kata kata dan renungannya penuh bermakna sama ada memang untuk anda pahami atau untuk berselindung dari anda.

5. Tanda tanda kekasih anda sudah berubah, sedang sembunyikan sesuatu atau dalam dilema antara anda atau lelaki lain:

- Kekerapan menelefon anda menjadi berkurangan secara drastik dan konsisten.

- Mengelak bila diajak keluar

- Jika kebiasaannya sering megucapkan kata sayang dan rindu tetapi kini sudah jarang

- Menelefon anda pada waktu yang pelik dari kebiasaan, ini ada lah kerana rasa serba

salah dan takut anda mengetahui kecurangan mereka

-Mereka menjadi terlalu romantis , manja dan baik secara tiba tiba setelah dingin untuk satu tempoh masa, awas mereka sedang cuba mengaburi anda agar anda tidak menghidup kecurangan itu atau mungkin mereka rasa bersalah sebab masih menyayangi diri anda.

6. Ini semua hanyalah satu pendapat saya melelaui pengalaman sendiri, kawan kawan dan pengamatan saya. Tidak berniat untuk menyakiti hati sesiapa dan berniat jahat. Sekadar panduan dan pengalaman yang ingin dikongsi serta yang pastinya kita harus kembali pada yang asas iaitu “jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah ketentuan-Nya.” Tetapi kita dituntut untuk berusaha mencari dan memperbaiki kehidupan kita kearah yang terbaik.
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url