Kaedah Memulakan Perbualan Dalam Bahasa Inggeris

Perbualan kosong boleh membantu anda dalam memulakan perbualan dengan orang yang anda tidak kenali atau dengan orang yang tidak anda berapa rapat. Oleh itu, adalah penting anda mengetahui dengan lebih lanjut tentang perbualan kosong, orang dan sebab orang berbual kosong dan jenis topik yang boleh diperbualkan apabila berbual kosong dengan orang lain.

SIAPAKAH yang berbual kosong?

Hampir semua daripada kita kadang-kadang berbual kosong dengan orang lain. Orang yang selalu berbual kosong biasanya orang yang tidak mengenali antara satu sama lain. Sesuatu yang berhemah untuk kita bercakap beberapa patah perkataan atau berbual kosong dengan orang lain dalam situasi tertentu. Kadang-kadang anda akan berjumpa dengan kawan kepada kawan anda yang tidak begitu rapat dan sudah tentu anda perlu berbual kosong dengan mereka. Selain itu, anda juga patut berbual kosong dengan mereka yang sepejabat dengan anda tetapi bekerja di jabatan yang lain. Jika anda bekerja dalam bidang perkhidmatan seperti pegawai perhubungan pelanggan, pelayan restoran, pendandan rambut dan penyambut tetamu, maka anda akan sentiasa perlu berbual dengan pelanggan atau bakal pelanggan anda.

APAKAH topik yang diperbualkan dalam perbualan kosong?

Oleh sebab anda biasanya akan berbual kosong dengan mereka yang tidak rapat dengan anda, maka pastikan topik perbualan anda sesuai dan berhemah. Antara topik yang selamat untuk anda gunakan dalam perbualan kosong ialah:

Cuaca – Anda sentiasa boleh berbincang tentang keadaan cuaca semasa seperti musim hujan, jerebu, banjir dan sebagainya. Topik ini juga amat sesuai untuk anda gunakan dengan kawan-kawan rapat anda sebagai permulaan perbualan.

Isu-isu semasa – Bagaimanapun, cuba elakkan daripada berbual kosong tentang isu-isu agama, bangsa dan politik kerana hal ini mungkin isu yang sensitif untuk diperbual-kan.

Berita sukan – Sukan ialah topik yang sesuai diperbual-kan terutamanya jika melibatkan prestasi pasukan kebangsaan Malaysia. Cuba elakkan daripada mengutuk pasukan-pasukan sukan tertentu kerana orang yang anda sedang berbual kosong itu mungkin penyokong kuat pasukan yang anda perbualkan itu!

Berita-berita hiburan – Berita terbaru tentang filem, artis dan konsert juga sesuai digunakan apabila anda berbual kosong.


Contoh-contoh permulaan perbualan kosong

Berikut adalah contoh-contoh permulaan perbualan yang boleh anda gunakan untuk mula berbual kosong dengan orang lain.

Talking about the weather/Berbual tentang cuaca

Beautiful day, isn’t it? Cuaca baik hari ini, bukan?

Can you believe all of this rain we’ve been having? Sekarang ini asyik hujan lebat sahaja, bukan?

It looks like it’s going to rain this afternoon. Nampak macam nak hujan petang ini.

I hear they’re calling for thunderstorms all weekend. Saya dengar mereka menjangkakan hujan berserta ribut sepanjang hujung minggu ini.

This haze sure is unhealthy, isn’t it? Jerebu ini memang tidak menyihatkan, betul tidak?

How about this weather? Bagaimana dengan cuaca ini?
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url