Que Haidar sah akan menikahi Linda Jasmin

Pelakon Que Haidar, 29, secara rasmi mengesahkan akan bernikah dengan guru tari Linda Jasmin Hashim, 36, dalam satu pengumuman khas yang disiarkan secara langsung melalui saluran Astro Awani malam ini.

Dalam slot Gala TV yang dihoskan Syazwan Zakariah itu Que berkata, mereka telah sepakat memilih tarikh 14 Februari 2009 untuk diijabkabulkan sebagai suami-isteri di Ampang, Selangor.

"Majlis resepsi pihak lelaki pula akan diadakan pada 15 Mac tahun hadapan di Felda Taib Andak, Kulai, Johor," katanya.

Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar berkata, hubungannya dengan Linda sebelum ini hanyalah sekadar kawan biasa sehinggalah pada bulan Ramadan lalu beliau berhasrat melamar Linda.

Kata Que, pada mulanya Linda agak terkejut dengan lamaran itu tetapi disebabkan perasaan sayang antara mereka sudah wujud maka Linda tidak menolak hasrat tersebut.

Linda yang merupakan salah seorang tenaga pengajar rancangan Akademi Fantasia (AF) pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai seorang anak lelaki Qalif Khan yang kini berusia lapan tahun.

Hubungan Linda dengan hero filem KL Menjerit 1 itu sudah lama diketahui media tetapi mereka tidak memberi sebarang reaksi kerana mahu menantikan tarikh yang sesuai untuk mengesahkannya.
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url