5 Soalan - Apakah ciri-ciri calon yang mampu meraih sokongan rakyat?

Apakah ciri-ciri calon yang mampu meraih sokongan rakyat?

RAJA GAZALI: Sifat paling penting yang perlu dimiliki oleh calon ialah mesra dan tidak sombong. Ini akan memudahkan masyarakat untuk mendekati dan memintanya membantu menyelesaikan masalah mereka.

Selain itu, beliau mestilah mempunyai pelajaran tinggi dan berwawasan bagi membolehkannya membantu menyelesaikan masalah penduduk.

Bagaimana untuk menunjukkan bahawa calon tersebut mempunyai sifat berkenaan?


Beliau perlu selalu ‘turun padang’ dengan menghadiri pelbagai aktiviti yang diadakan kerana melalui interaksi dengan masyarakat, mereka akan lebih mengenalinya.

Calon perlu tunjukkan beliau menyayangi dan mengambil berat kepentingan rakyat serta bersedia membantu.


Harapan masyarakat terhadap calon Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu?

Rakyat bukan sahaja mahu calon itu mendengar masalah mereka tetapi memahami dan membantu menyelesaikannya tanpa mengira taraf dan latar belakang mereka.

Calon juga perlu menjadi inspirasi kepada masyarakat untuk terus maju dan bukan sahaja membawa pembangunan kepada kawasan.

Bagaimana calon berkenaan boleh membantu PIBG?

PIBG merupakan pertubuhan yang membantu sekolah-sekolah menjalankan aktiviti untuk meningkatkan pendidikan anak- anak.

Justeru, kami sangat memerlukan bantuan calon berkenaan untuk memudah cara pelaksanaan program tersebut.

Perlukah calon tersebut memberi penekanan dalam bidang pendidikan seperti Allahyarham Datuk Razali Ismail?

Allahyarham Razali sentiasa menitikberatkan pelajaran kerana ia merupakan salah satu faktor kepada seseorang itu untuk maju dalam hidup.

Kita sangat berharap calon memberi penekanan yang sama tetapi mengikut caranya sendiri.
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url