China kawal laman web

Kerajaan China memberi perhatian khusus kepada 14 laman web terkemuka, termasuk Microsoft MSN dan Google dalam usahanya untuk mengambil tindakan tegas ke atas maklumat dan kandungan berunsur lucah dan tidak sihat yang dipaparkan dalam laman-laman web berkenaan.

Langkah itu berikutan kebimbangan kerajaan Komunis China terhadap ancaman yang mengugat kawalannya ke atas penyaluran maklumat dan telah menjalankan penapisan dengan sasaran ke atas bahan pornografi, kritikan berunsur politik dan komplot melalui laman web.

Para pegawai menjangkakan tindakan kerajaan kali ini lebih keras.

Kempen tersebut yang akan dilancarkan pada awal minggu ini, kebetulan serentak dengan usaha untuk membendung bantahan berikutan kelembapan ekonomi dan China memasuki era sensitif, terutama sambutan ke-20 tragedi berdarah di Dataran Tiananmen pada 1089.

Enjin carian MSN dan 13 laman web tempatan yang lain disenaraikan kerana memaparkan terlalu banyak imej yang tidak sesuai melalui saluran filemnya dan sebahagiannya ''gambar terpilih'' yang disiarkan dalam seksyen mesej sosial.

Microsoft tidak dapat dihubungi untuk ulasan.

Kempen itu pada mulanya menuduh 19 laman web termasuk enjin carian Baidu dan Google terlibat menyiarkan bahan-bahan yang merosakkan akhlak dan moral rakyat.

Pengurusan laman-laman web tersebut gagal menghapuskan kandungan-kandungan yang kurang sihat tersebut dan tidak mengendahkan amaran yang dikeluarkan oleh pihak penapis, satu laporan televisyen melaporkan.

Syarikat-syarikat yang mengendalikan laman web dan enjin carian tersebut telah memohon maaf dan berjanji akan membersihkan laman-laman web mereka daripada unsur-unsur tersebut, dan Beijing mahu melihat mereka memenuhi janji-janji mereka.

Semalam, pihak berkuasa China mengemas kini progres ke atas 19 laman web tersebut dan hanya tiga yang benar-benar melaksanakan janji-janji mereka dan Google merupakan antara syarikat yang masih belum melaksanakan proses pembersihan itu dengan mencukupi.

Syarikat-syarikat tersebut telah mengambil langkah awal menyahut arahan kerajaan, tetapi masih terdapat gambar-gambar yang kurang sopan dalam laman ''carian gambar-gambar'', lapor Pusat Laporan Maklumat Haram Internet China dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam laman webnya.

Sementara itu, sebuah enjin carian terkenal milik syarikat tempatan yang menguasai dua pertiga daripada pasaran tempatan, Baidu juga dilaporkan masih belum mengambil tindakan sewajarnya dan disenaraikan dalam kumpulan syarikat yang tidak efektif dalam usaha membersihkan laman-laman web mereka dengan unsur-unsur yang tidak sihat.

- Reuters
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url