Firefly tambah laluan baru dari Subang ke Kerteh

Syarikat penerbangan komuniti pertama negara, Firefly Sdn. Bhd. (Firefly) mengumumkan laluan terbarunya daripada Subang ke Kerteh sebagai komitmen untuk meluaskan rangkaian domestiknya.

Laluan terbaru itu, yang pertama ditawarkan oleh syarikat penerbangan tempatan akan dimulakan pada 12 Januari ini, menjadikan penawaran dua destinasi ke Terengganu oleh Firefly.

Pengarah Urusannya, Eddy Leong berkata, laluan baru ini merupakan komitmen Firefly dalam menyediakan penerbangan alternatif dan murah kepada orang ramai.

''Objektif utama kami adalah menyediakan pengangkutan alternatif keluar masuk Kerteh yang lebih ekonomik dari segi masa dan wang ringgit.

''Selain itu, laluan Kerteh ini dapat memudahkan orang ramai pergi bercuti kerana terdapat destinasi pelancongan terkenal seperti Kijal dan Cherating yang terletak beberapa minit daripada lapangan terbang Kerteh,'' katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.

Promosi Firefly Totally Un- Fare! juga akan berterusan dengan tawaran tambang rendah setiap hari, setakat 6 Januari lalu terdapat 112,251 tempat duduk serendah RM53 disediakan untuk semua penerbangan domestik.

Nilai terbaik tambang murah Firefly termasuk 20 kilogram (kg) bagasi dibenarkan untuk daftar masuk, tempat duduk yang ditetapkan dan makanan dan minuman ringan disediakan di dalam pesawat serta pesawat baru ATR72-500.

Tiket penerbangan boleh ditempah bermula 8 hingga 15 Januari untuk waktu penerbangan daripada 15 Januari hingga 30 April ini.

Maklumat lanjut boleh didapati di www.fireflyz.com.my
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url