Corat-Coret Kuala Terengganu (PRK K.Terengganu)

AWAL HUJAN, SEKARANG TIDAK

Apabila tiba di Kuala Terengganu pada Sabtu lalu, persekitaran hujan tidak henti-henti dialami selama tiga hari berturut-turut.

Awalnya dijangkakan kemungkinan bandar Kuala Terengganu juga akan berhadapan dengan masalah banjir kali kedua selepas Kelantan dan Pahang serta sebahagian kawasan di Terengganu dilanda banjir buat kali kedua hujung minggu lalu.

Pun begitu, sejak penamaan calon sehingga kini cuaca panas diharungi calon dan penyokong-penyokong parti yang bertanding.

UBAT PERISA DURIAN

Memerlukan ada ubat berperisa durian? Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said secara berseloroh mengesyorkan ubat berperisa durian dibekalkan.

"Sudah ada ubat berperisa strawberi, sudah ada perisa oren... mungkin boleh diadakan ubat perisa durian," kata beliau pada majlis perasmian Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, dan pengumuman penawaran Program Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan oleh Universiti Darul Iman (UDM).

APABILA WANITA ATASI LELAKI...

Melihat pada himpunan penuntut kalangan wanita yang mengatasi bilangan penuntut lelaki di kampus Universiti Darul Iman pagi tadi, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dalam mengakhiri ucapan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, dan pengumuman penawaran Program Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan oleh Universiti Darul Iman menyebut: "Mahasiswi, mahasiswa." Apa maksudnya? Kemungkinan beliau hendak mengubah sebutan alu-aluan yang biasa diguanakan, daripada 'mahasiswa mahasiswi" menjadi "mahasiswi mahasiswa". Kira-kira 80 peratus pelajar yang berhimpun adalah wanita.

Pelajar lelaki pula berada di satu penjuru kecil di bahagian hujung belakang khemah, tempat majlis perasmian. Hampir-hampir tidak kelihatan. Ini satu fenomena di kebanyakan universiti awam negara ini.

"Inipun (lebih ramai pelajar wanita) satu kejayaan ketika kita perjuangkan hak asasi tanpa mengira jantina," kata beliau.

- mstar
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url