Terengganu banyak sumber, tapi rakyat miskin (PRK K.Terengganu)

Negeri terengganu mempunyai pelbagai sumber dan khazanah alam yang kaya, namun negeri berkenaan berada dalam adalah negeri kedua termiskin di negara ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Jerejak, Pulau Pinang Sim Tze Tzin, seharusnya rakyat dinegeri ini sedar dan membawa perubahan seperti di negeri lain.

“Dalam tempoh hampir setahun Pakyat Rakyat memerintah Pulau Pinang, telah banyak usaha menghapuskan kemiskinan tegar di negeri itu dilakukan kerajaan negeri walaupun tiada punca untuk menjadi sumber kekayaan negeri disana,” ujar pemimpin muda KeADILan itu.

Namun menurut beliau, sehingga kini rakyat negeri Terengganu tidak mampu untuk menikmati kekayaan dari sumber bumi negeri tersebut.

“Negeri Terengganu yang kaya dengan sumber minyak, balak, pelancongan tetapi masih mencatat negeri kedua tertinggi kadar kemiskinan dan rata-ratanya rakyat Terengganu masih ramai lagi miskin tegar,” katanya dalam satu ceramah malam tadi di Kuala Terengganu.

- Suara Keadilan
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url