Top Ad 728x90

,

DCL sasar RM3 juta

Syarikat De Classic Life (DCL) menyasarkan kutipan RM3 juta bagi Tabung Kemanusiaan Palestin yang dilancarkan semalam untuk membantu penduduk Palestin.

Pengerusi Eksekutif DCL, Datuk Stapa Omar berkata, pihaknya yakin mencapai sasaran itu dalam tempoh tujuh bulan iaitu sebelum 31 Julai.

Menurutnya, semua kutipan akan diserahkan kepada Jemaah Islah Malaysia (JIM) untuk disalurkan kepada badan bukan kerajaan (NGO) di Gaza.

"Sasaran awal kutipan adalah RM1 juta dan setakat ini DCL telah mengumpul RM210,000 dari kalangan pengedar dan pelanggan DCL di Lembah Klang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Tabung Kemanusiaan Palestin anjuran DCL di Wisma Sejarah di sini malam tadi.

Tabung itu dianjurkan dengan kerjasama Kumpulan Utusan, Kumpulan Karangkraf dan Pusat Kecemerlangan Palestin (PACE).

Pada majlis itu, Stapa menyampaikan Anugerah Pengurus Zamrud kepada 20 usahawan DCL.

Turut hadir Pengarah Urusan DCL yang juga pemenang Wanita Ikon 2008, Datuk Azlina Che Abdullah; Pengerusi PACE, Prof. Madya Dr. Hafizi Mohd. Nor dan bekas Wanita Ikon 2007, Datuk Normaziah Sheikh Mohamed.

Stapa berkata, kutipan untuk tabung itu juga akan dilakukan di semua cawangan DCL di seluruh negara.

Orang ramai yang ingin menderma boleh mendepositkan wang ke akaun Bank Islam 12113010034876 atas nama Tabung Kemanusiaan Palestin Syarikat DCL.

Sebarang pertanyaan atau maklumat juga boleh diperoleh menerusi laman web DCL di www.dcl.com.my

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90