Top Ad 728x90

Sheikh Muszaphar popular di Palestin


Rakyat Palestin mahu peranan Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha sebagai angkasawan pertama Malaysia digunakan untuk meraih sumbangan pelbagai pihak bagi membantu mereka membangunkan semula negara.

Itu yang dinyatakan oleh Sheikh Muszaphar ketika ditanya sama ada rakyat Palestin mengenali beliau sepanjang lima hari berada di Gaza baru-baru ini.

Menurutnya, beliau terkejut kerana kebanyakan mereka yang ditemui termasuk kanak-kanak mengenali beliau sebagai angkasawan pertama negara.

"Sewaktu merawat pesakit dan beramah mesra dengan rakyat Palestin, mereka merayu kepada saya agar dapat mendapatkan bantuan sumbangan untuk mereka meneruskan kehidupan dengan lebih sempurna dan membangunkan kemudahan-kemudahan asas yang banyak musnah dibedil tentera Israel.

"Paling mengharukan, tatkala bertembung dengan anak-anak yatim yang berkeliaran di jalan raya sambil memanggil saya dengan gelaran astronaut (angkasawan)," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berada di Gaza selama lima hari bermula 21 Januari lalu bersama dua orang doktor dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO), iaitu Dewan Pemuda Masjid Malaysia bagi memberikan rawatan perubatan secara sukarela kepada mangsa serangan rejim Zionis.

- Utusan

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90