e-Farm Terengganu pusat animasi bertaraf dunia

Berbanding tiga negeri di Pantai Timur, Terengganu ternyata jauh lebih ke depan dalam pembangunan bidang Komunikasi Teknologi Maklumat (ICT) yang semakin berkembang pesat di seluruh dunia.

Berkat kebijaksanaan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh, yang melihat pembangunan bidang ICT sebagai antara pemangkin utama yang boleh mengubah nasib rakyat Terengganu ke tahap lebih baik, maka tercetuslah idea untuk menubuhkan pusat animasi bertaraf dunia berkonsepkan pusat latihan dan pengeluaran produk animasi bernilai RM10 juta di Kuala Terengganu.

WILAYAH Timur: Fokus Kuala Terengganu: e-Farm pusat animasi bertaraf dunia
Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin
hanneeyzah@bharian.com.my
Pandangan jauh kerajaan BN beri banyak peluang anak Terengganu bangun bidang IT

BERBANDING tiga negeri di Pantai Timur, Terengganu ternyata jauh lebih ke depan dalam pembangunan bidang Komunikasi Teknologi Maklumat (ICT) yang semakin berkembang pesat di seluruh dunia.

Berkat kebijaksanaan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh, yang melihat pembangunan bidang ICT sebagai antara pemangkin utama yang boleh mengubah nasib rakyat Terengganu ke tahap lebih baik, maka tercetuslah idea untuk menubuhkan pusat animasi bertaraf dunia berkonsepkan pusat latihan dan pengeluaran produk animasi bernilai RM10 juta di Kuala Terengganu.

Pembangunan bidang ICT yang diberi perhatian oleh kerajaan negeri Terengganu membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) memandang jauh ke hadapan dan tidak meminggirkan pembangunan pendidikan untuk generasi baru, demi memastikan matlamat melahirkan generasi Ulul Albab tercapai.

Alangkah beruntungnya anak Terengganu yang mempunyai banyak peluang untuk membangunkan diri dalam pelbagai bidang, termasuk ICT. Nikmat dan peluang yang diperoleh anak tempatan di bawah pentadbiran kerajaan BN tidak harus dilepaskan dan disia-siakan demi pembangunan bidang teknologi dan animasi tempatan.

Pelaburan dibuat kerajaan negeri bernilai RM10 juta untuk menubuhkan pusat animasi bertaraf dunia berkonsepkan pusat latihan dan pengeluaran produk animasi di kawasan berkeluasan 5,576 meter persegi itu akan menjadi pusat sehenti kepada penggiat industri animasi dan multimedia kreatif yang bakal menerima sentuhan pakar animasi dunia.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman, berkata penubuhan pusat berkenaan yang dilengkapi peralatan serba canggih dan moden dijangka dapat memenuhi keperluan industri animasi tempatan dan antarabangsa.

Malah, lebih membanggakan penubuhan pusat animasi berkenaan turut mendapat bantuan dan sentuhan animator siri kartun popular The Simpsons, Terry Thoren , pakar grafik komputer yang bekerja di Hollywod, Shahril Ibrahim serta penerbit filem animasi, Anwardi Jamil.

Hasilnya, kini selepas lebih setahun kewujudan Program Pembangunan Tenaga Mahir Teknologi Komunikasi Maklumat Terengganu (e-Farm) di bawah kendalian anak syarikat kerajaan negeri Epic ICT, tiga judul kartun animasi bersiri yang dihasilkan anak Terengganu akan muncul di kaca televisyen mulai April depan.

Saluran Astro Prima, Ceria dan Oasis akan menayangkan tiga kartun animasi berkenaan masing-masing dengan 13 episod dan tempoh setengah jam setiap tayangan. Tiga kartun berkenaan berjudul Tiga Dara Pingitan, Aca dan Atuk serta Qabilah, adalah hasil kreativiti 45 animator tempatan yang mengikuti program e-Farm.

“Setakat ini, kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM4.1 juta untuk membiayai program latihan pereka animasi dan suntikan modal dalam usaha menghasilkan karya kreatif terbaik dan bermutu tinggi sesuai dengan piawaian ditetapkan oleh stesen televisyen yang akan menayangkan produk kita.

“Kini kita giat berusaha melatih animator dari kalangan anak tempatan dan mensasarkan penghasilan karya kreatif yang bukan saja untuk pasaran tempatan, malah untuk siaran stesen televisyen antarabangsa termasuk di negara Barat dan Asia.

“Selain membantu menjana pendapatan untuk rakyat Terengganu, ia juga boleh mempromosikan keunikan negeri ini kepada masyarakat negara luar," katanya.

Ahmad Razif berkata, e-Farm yang dilancarkan pada Januari 2007 melatih secara purata sehingga 4,000 pekerja mahir setahun untuk memenuhi tuntutan pasaran industri multimedia kreatif dan animasi dalam negara yang kini semakin berkembang maju.

“Sehingga kini e-Farm yang membabitkan enam syarikat ICT mengendalikan 2,450 belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), diploma dan ijazah sarjana muda. Mereka mengikuti program pembangunan web atau perisian multimedia, animasi dan digital 3D serta perkhidmatan terurus dan sumber luar (SSO),” katanya.

- Berita Harian
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url