Prabayar Happy tawar caj panggilan lebih murah

Syarikat perkhidmatan mudah alih pra bayar tempatan, Happy telah menawarkan caj panggilan bagi tempoh lebih panjang pada kadar 99 sen.Dalam kenyataan di sini, Happy berkata, bagi panggilan dari pengguna Happy kepada pengguna Happy, panggilan yang dibuat antara 9 pagi hingga 5 petang dalam tempoh 45 minit, kadar yang dikenakan hanya 99 sen.

''Para pelanggan juga boleh membuat panggilan di semua rangkaian seluruh negara dan bercakap sehingga 15 minit pada kadar 99 sen, sebelum dikenakan caj sebanyak 33 sen seminit selepas itu,'' katanya.

Bagi panggilan kurang daripada tiga minit, pelanggan dikenakan bayaran 33 sen seminit.

''Kadar baru bagi pelanggan Happy membolehkan pelanggan terus berhubung dalam tempoh yang panjang dengan caj di bawah RM1,'' tambahnya.

Kenyataan itu berkata, tawaran itu boleh dinikmati oleh pelanggan baru dan sedia ada Happy.

Maklumat lanjut mengenai tawaran perkhidmatan Happy, bolehlah melayari laman web www.happy.com.my.
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url