Makanan ikut usia anak

Memujuk anak-anak makan memang kadang kala memerlukan kesabaran yang tinggi terutama bagi anak yang baru menjangkau usia satu hingga dua tahun.

Kanak-kanak pada usia ini begitu memilih makanan dan lazimnya menolak makanan berkhasiat yang sepatutnya diambil untuk tumbesaran mereka.

Bagi ibu bapa, ada yang mengambil jalan mudah dengan memberi sahaja anak makanan yang disukai mereka biarpun sedar ia tidak mengandungi khasiat yang diperlukan untuk tubuh badan.

Sudah tentu, kebanyakannya kanak-kanak pada usia ini lebih gemar makanan segera seperti kentang goreng, sosej dan nuget.

Ibu bapa sebenarnya tidak boleh mengambil jalan mudah kerana mereka perlu tahu makanan seperti itu tidak baik untuk kesihatan anak mereka kerana ia mengandungi bahan pengawet serta lemak yang tinggi.

Ibu bapa boleh menggunakan panduan makanan di bawah untuk mengetahui apa makanan yang perlu diberi kepada anak-anak yang berusia 12 hingga 36 bulan.

Umur 12 hingga 18 bulan

Salah satu tanda anak mula boleh makan dengan sendiri ialah apabila mereka boleh menggunakan sudu dengan baik untuk makan. (Untuk benar-benar mahir memang memerlukan masa.)

Apa yang perlu diberi?

• Susu

• Bahan tenusu lain seperti keju dan yogurt (keju berpastur lembut, yogurt lemak berkrim dan keju kotej)

• Anak boleh memakan makanan yang sama dimakan oleh ahli keluarga yang lain, tetapi pastikan ia dilenyekkan atau dipotong kecil supaya mudah dimakan oleh anak.

• Bijirin yang kaya dengan zat besi seperti beras, barli, gandum, oat atau bijirin campuran.

• Bijirin lain seperti roti gandum penuh, pasta atau nasi.

• Buah-buahan seperti betik, aprikot, anggur dan limau.

• Sayur-sayuran seperti brokoli dan kubis bunga.

• Protein seperti telur, daging, ikan, tofu, kekacang dan mentega kacang.

• Madu juga boleh diberikan.
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url