Najib penuhi permintaan ibu hadir majlis tahlil ayahanda

Dalam kesibukan berkempen untuk calon Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil parlimen kuala terengganu, timbalan perdana menteri datuk seri najib tun razak tetap tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang anak.

Beliau pulang ke Kuala Lumpur hari ini bagi menghadiri majlis tahlil sempena 33 tahun pemergian ayahandanya Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein setelah menghadiri satu majlis anjuran Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) di sini.

"Saya minta maaf kerana terpaksa bergegas meninggalkan majlis dalam sedikit masa ini kerana secara kebetulan, hari ini genap 33 tahun ayahanda saya pulang ke rahmatullah.

"Mak saya kata, macam mana sibuk pun, mesti balik. Jadi, kalau mak dah kata kena balik, kena balik," katanya pada majlis perjumpaan Timbalan Perdana Menteri bersama masyarakat India Muslim di sini hari ini.

Allahyarham Tun Abdul Razak, adalah perdana menteri kedua, dan digelar Bapa Pembangunan. Beliau meninggal dunia di London akibat leukemia pada usia 53 tahun.

- Bernama
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url