Pakatan Rakyat cadang royalti minyak naik 20 peratus (PRK K.Terengganu)
Oleh itu, beliau mencabar calon Barisan Nasional (BN) Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menyatakan pendirian mengenai cadangan PR memandangkan hasrat ini adalah kehendak rakyat Terengganu.
“Kita hendak beliau (Wan Farid) menyatakan pendirian terhadap isu ini kerana jika beliau ikhlas ingin membantu rakyat Terengganu, beliau hendaklah menyatakan pendirian sama dengan rakyat negeri ini.
“Dengan royalti minyak yang meningkat sekali gus kerajaan negeri dapat meningkatkan projek pembangunan untuk mengurangkan kemiskinan rakyat,” katanya pada sidang media anjuran Angkatan Muda Keadilan (AMK) semalam.
Selain itu, Tian Chua juga mencabar Wan Ahmad Farid menyatakan pendirian mengenai isu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kebebasan bersuara, pendatang tanpa izin dan permit surat khabar yang terpaksa diperbaharui setiap tahun.
“Memandangkan Wan Ahmad Farid adalah bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, kita hendak tahu pendiriannya terhadap ISA kerana akta ini selalu disalahgunakan untuk menahan bloggers, Ahli Parlimen, wartawan, mereka yang dituduh pengganas dan pelbagai lagi. Selain pendiriannya mengenai permit surat khabar yang terpaksa diperbaharui setiap tahun dan ini cara UMNO-BN mengawal media supaya tunduk kepada mereka. Perkara ini satu penyalahgunaan kuasa yang berterusan dan tidak ada penyelesaian,” katanya.
Sementara itu, Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin turut mencabar calon BN menjawab persoalan kenapa sebanyak RM1.6 bilion royalti minyak boleh lesap dari negeri ini.
“Sepanjang lima tahun lalu, royalti minyak milik rakyat Terengganu sepatutnya berjumlah RM7 bilion tetapi angka ini disanggah oleh bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh yang mengatakan negeri ini hanya menerima RM5 bilion sahaja.
“Dengan kenyataan bekas Menteri Besar, negeri ini telah kehilangan sebanyak RM2 bilion. Dimana duit ini dibelanjakan? Selepas itu, Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) telah membayar semula RM400 juta kepada Terengganu tetapi masih mempunyai kekurangan RM1.6 bilion. Adakah tema BN ‘Mesra Rakyat’ sama dengan kehilangan RM1.6 bilion ini? Oleh itu saya membuat cabaran terbuka kepada Wan Farid menjawab persoalan ini,” katanya.
- Sinar Harian