Perak lancar Tabung Dana RM1 juta

Kerajaan negeri melancarkan Tabung Dana RM1 juta untuk Palestin dan menyokong usaha memboikot produk Amerika Syarikat dan Israel bagi membantah serangan rejim Zionis itu ke atas penduduk Palestin.

Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, melalui pelancaran tabung itu, kerajaan negeri berharap kira-kira 2.4 juta rakyat Perak dapat memberi sumbangan tersebut dalam meringankan kesengsaraan yang dihadapi oleh penduduk Palestin.

Beliau berkata, penjajahan Israel ke atas Palestin telah mendapat sokongan AS dan yang menyedihkan ramai anak kecil dan wanita menjadi mangsa.

"Perang ini ditaja oleh AS dan negara itu memperoleh wang daripada hasil pasaran barangan harian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Solidariti Kemanusiaan Untuk Palestin di sini hari ini.

Sebanyak RM127,000 berjaya dikumpulkan daripada lebih 5,000 penduduk pelbagai kaum yang menyertai perhimpunan itu.

- Utusan
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url