Kuala Lumpur digemari orang Eropah


Bandar raya Kuala Lumpur dan George Town di Pulau Pinang adalah antara 10 lokasi utama di Asia yang paling digemari oleh warga Eropah sebagai tempat bekerja dan tinggal, menurut tinjauan rating lokasi antarabangsa terbaru.

Kuala Lumpur berada di kedudukan kesembilan dan Georgetown ke-10 selepas Singapura, Kobe, Yokohama, Hong Kong, Tokyo, Macau, Seoul dan Taipei, jelas ECA International, sebuah agensi yang memajukan dan menyediakan penyelesaian bagi pengurusan dan penugasan kakitangan di seantero dunia, dalam tinjauan rating lokasi tahunannya.

Tinjauan itu mengukur taraf hidup di lebih 400 lokasi di peringkat global mengikut kategori termasuk iklim, kualiti udara, perkhidmatan kesihatan, perumahan dan utiliti, kepencilan, jaringan sosial dan kemudahan liburan, prasarana, keselamatan peribadi dan ketegangan politik.

- BERNAMA
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url