Agensi Perisikan UK cari Q

Peminat filem James Bond pasti ingat watak 'Q' iaitu saintis yang James Bond akan temui untuk mendapatkan senjata atau peralatan canggih seperti jam tangan laser, cermin mata sinar-X atau kereta halimunan. Kini, agensi perisikan domestik Britain, MI5 mahu mendapatkan khidmat 'Q' untuk agensi itu sendiri.

Sayap perisikan luar Britain, MI6, yang mengendalikan pengawasan terhadap suspek pengganas di dalam negara dan memberi nasihat keselamatan kepada kerajaan, mencari seorang saintis untuk mengetuai tugas-tugas saintifiknya.

Projek yang akan disertainya merangkumi pembangunan teknologi antipengganas hinggalah kepada menangani serangan senjata biologi atau kimia.

''Mencari penasihat ketua saintifik untuk menerajui dan menyelaras tugas saintifik bagi perkhidmatan keselamatan supaya ia terus disokong oleh nasihat sains dan teknologi yang cemerlang," menurut satu iklan pada laman web MI5.

Sejak serangan pengganas pada 2001 di Amerika Syarikat dan pengeboman berani mati di London pada 2005, agensi-agensi perisikan di seluruh dunia berlumba-lumba untuk membangunkan peralatan teknologi bagi menentang keganasan.

- AP
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url