Penganut Yahudi berdoa ke arah matahari
Penganut-penganut agama Yahudi di seluruh dunia melakukan satu upacara keagamaan sekali bagi setiap 28 tahun yang dikenali sebagai rahmat daripada matahari.
Berpuluh-puluh ribu penganut itu berdiri di Dinding Barat di sini iaitu kawasan yang dianggap paling suci untuk berdoa.
Ratusan lagi berada di sebuah kubu di Masada manakala sebahagian lain berdoa di atas bumbung di bangunan tinggi di Tel Aviv dan berhimpun di tepi jalan.
"Tuhan mencipta bumi dalam tempoh tujuh hari," kata salah seorang penganut agama Yahudi yang menghadiri upacara keagamaan itu di Dinding Barat di sini.
"Pada hari keempat, Tuhan meletakkan matahari ke orbit dan setiap 28 tahun, ia kembali ke tempat asal ketika Tuhan mencipta bumi," katanya.
Di New York, seorang pemimpin agama Yahudi mengetuai perhimpunan pada waktu pagi dekat pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
- AP