Tarif elektrik kekal

Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan mengekalkan kadar tarif elektrik sedia ada selagi harga minyak, gas dan arang batu tidak berubah, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh semalam.

Beliau berkata, apa yang penting bagi agensinya sekarang adalah memastikan keberkesanan penggunaan elektrik.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) mengadakan perbincangan bersama TNB baru-baru ini berhubung isu (kenaikan kadar tarif elektrik) dan maklum balas yang saya bagi ialah TNB akan cuba mengekalkan kadar tarif elektrik sebaik mungkin,” kata Che Khalib di sini.

- BERNAMA
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url