ADUN PAS Manek Urai meninggal dunia


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manek Urai, Kelantan, Ismail Yaacob dari PAS meninggal dunia awal pagi tadi kerana sakit.

Ismail, 60, meninggal dunia kira-kira pukul 5.55 pagi tadi.

Ketika dihubungi sebentar tadi, Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali mengesahkan Allahyarham Ismail meninggal dunia kerana sakit.

"Beliau dah lama sakit dan meninggal dunia awal pagi... kita akan adakan sidang media pagi ini," kata beliau. Ismail telah dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu akhir bulan lalu kerana masalah di bahagian kaki dan difahamkan turut menghadapi masalah jantung.

Dalam pilihan raya umum lalu beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Mohamed Zulkepli Omar dengan majoriti 1,352 undi.

Dalam pada itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS II Kelantan, Datuk Nik Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, Allahyarham akan dikebumikan selepas solat Jumaat.

- MSTAR
Next Post Previous Post
4 Comments
  • Unknown
    Unknown Jumaat, 22 Mei 2009 pada 10:50:00 PG SGT

    Kesian PM Najib kita, mungkin Tuhan nak uji dia sebagai PM Rakyat. Beliau sentiasa saja kena berdepan dengan rakyat. Mungkin beliaulah satu-satu PM yang paling banyak menghadapi pilihanraya kecil.

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Jumaat, 22 Mei 2009 pada 10:58:00 PG SGT

    Sdra Alias....
    orang dah meninggal, nak buat macam mana, itu semua ketentuan tuhan
    Bagaimana andainya tuhan mengambil nyawa lebih ramai wakil rakyat PAS dalam setahun dua ini?
    Siapa pula yang akan lebih menggelabah

  • attyfir
    attyfir Jumaat, 22 Mei 2009 pada 11:23:00 PG SGT

    alfatihah tuk arwah..

  • Unknown
    Unknown Jumaat, 22 Mei 2009 pada 11:29:00 PG SGT

    Al Fatihah,

Add Comment
comment url