Perarakan lilin jejas akidah

"Umat Islam dilarang menyertai perarakan atau perhimpunan menyalakan lilin (candlelight vigil) anjuran pihak tertentu kerana perbuatan itu boleh menjejaskan akidah.

Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Universiti Islam Antarabangsa, (UIAM), Prof Datuk Paduka Dr.Mahmood Zuhdi Abdul Majid berkata, ia dihukumkan syirik kerana perbuatan itu merupakan amalan dalam agama kristian.

Tegasnya, semua umat Islam perlu sedar bahawa aktiviti seperti itu merosakkan keimanan seseorang walaupun dengan tujuan apa sekalipun.

Akidah tunjang dalam Islam, sebab itu Rasulullah SAW para sahabat dan Khalifah Islam tidak pernah berkompromi dalam soal ini (akidah) kerana akidah asas Islam dan keimanan seseorang muslim.

Sekiranya akidah rosak sekali gus ia merosakkan Islam dan iman. Kita jangan pandang remeh, apa yang dibincangkan disini perkara besar yang perlu dititikberatkan oleh semua masyarakat Islam dinegara kita, katanya kepada Utusan Malaysia disini hari ini.

Beliau mengulas mengenai trend menyalakan lilin ketika berhimpun atau berarak oleh pihak tertentu khususnya 'orang politik' sebagai salah satu bentuk bantahan terhadap satu-satu isu.

Aktiviti tersebut dikhuatiri disertai oleh sebahagian umat Islam yang ghairah melakukannya tanpa menyedari ia salah satu perbuatan syirik.

Mahmood Zuhdi berkata, dalam melakukan sesuatu perkara, umat Islam harus berhati-hati supaya mereka tidak melakukan perbuatan yang boleh memberikan kesan kepada agama dan keimanan mereka".

- UTUSAN
Next Post Previous Post
2 Comments
  • denaihati
    denaihati Jumaat, 22 Mei 2009 pada 1:02:00 PTG SGT

    orang politik ni kadang2 terlalu bersemangat sampai terlupa soal asas ...AKIDAH.

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Jumaat, 22 Mei 2009 pada 2:35:00 PTG SGT

    Orang Iskam sekarang dh lupa soal akidah dan hukum hakam semua kerana politik dan kuasa, sanggup memakan daging saudara sendiri untuk mendapatkan kuasa. Bala yang ALLAH turunkan bukan kena kepada pelaku sahaja,kelomopk yang beriman juga akan mendapatnya. ALLAH MAHA BESAR

Add Comment
comment url