Buah Kiwi - Manis, berjus dan berzat


ZESPRI, jenama buah kiwi popular dari New Zealand melancarkan kempen Extreme Nutrition, Extreme Vitality selama enam bulan bagi menyebarkan khasiat buah kiwi kepada masyarakat.

Buah kiwi yang berasal dari New Zealand diketahui sebagai buah yang kaya dengan pelbagai khasiat. Ia mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi, membekalkan asid folik untuk wanita hamil dan merupakan sumber magnesium terbaik untuk membantu pembentukan tulang serta meningkatkan fungsi sistem saraf pusat.

Selain itu, ia juga boleh membantu dalam mempercepatkan proses penghadaman kerana kaya dengan serat.

Baru-baru ini, ZESPRI, jenama buah kiwi popular dari New Zealand melancarkan kempen Extreme Nutrition, Extreme Vitality bagi menyebarkan khasiat buah kiwi kepada masyarakat.

Kempen yang berlangsung selama enam bulan itu diadakan untuk menggalakkan rakyat Malaysia hidup dengan sihat melalui pengambilan sekurang-kurangnya dua biji buah kiwi setiap hari.

Bagi mereka yang menggemari buah kiwi, kini anda boleh menikmati keenakan buah kiwi ZESPRI di kesemua pasar raya terkemuka di seluruh negara bermula Mei hingga November ini.

Pengurus Pemasaran Asia Tenggara ZESPRI International, Daniel Mathieson berkata, kesedaran terhadap kesihatan di kalangan pengguna sekarang sudah semakin meningkat.

"Pengguna juga lebih berhati-hati dalam memilih buah yang mempunyai lebih nilai kepada mereka dari segi wang yang dikeluarkan dan manfaat kesihatan.

"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, buah kiwi semakin popular dan termasuk dalam diet sihat disebabkan nilai pemakanan yang ada dan sesuai digunakan untuk pelbagai resipi," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran musim baru buah kiwi ZESPRI di Mont Kiara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Syarikat yang berpangkalan di New Zealand yang mengeksport buah kiwi ke lebih 70 buah negara di seluruh dunia itu, telah melabur lebih RM25 juta dalam program saintifik yang turut menunjukkan kesan positif buah kiwi terhadap sistem penghadaman, meningkatkan sistem imun, memperbaiki kerosakan sel, masalah jantung dan interaksi dengan lain-lain makanan untuk meningkatkan status pemakanan.

Pantas menjadi makanan semula jadi terhebat sejak sedekad yang lalu, buah kiwi kaya dengan kebaikan untuk kesihatan. Ia mempunyai pelbagai nutrien yang boleh membantu mencegah penyakit, memberi tenaga dan menawarkan pilihan diet harian yang sesuai.

Penghidap diabetes

Buah kiwi mengandungi dua kali ganda vitamin C berbanding sebiji buah oren, dua kali ganda vitamin E yang didapati daripada buah avokado dan hanya setengah kalori.

Individu yang berwaspada dengan berat mereka atau penghidap diabetes pasti gembira apabila mengetahui bahawa buah kiwi mengandungi kadar Indeks Glisemik (GI) yang rendah tetapi mempunyai serat diet yang tinggi.

"Bagi kebanyakan pengguna, nilai pemakanan sesuatu makanan telah menjadi panduan untuk tabiat membeli mereka. Ditambah pula dengan penyiaran panduan diet sihat, laporan penyelidikan dan saluran makanan televisyen, perkaitan antara makanan dan kesihatan, telah menjadi keutamaan mereka," ujar Pengurus Sains Kesihatan ZESPRI International, Lynley Drummond.

"Secara umum, buah kiwi baik dimakan secara mentah dan keseluruhan. Secara purata, buah kiwi menyediakan cadangan nilai harian (RDV) terhadap vitamin C sama seperti nutrien bermanfaat yang lain seperti folat, potasium dan zink, yang ia perlu untuk mengekalkan kesihatan," tambah Drummond.

Terdapat dua jenis kiwi iaitu buah kiwi hijau dan kuning keemasan. Kedua-duanya mampu memberi kepuasan kepada pembeli. Lebih menarik, ia juga boleh dinikmati sebagai snek ringan.

Untuk rasa yang lebih asli, buah kiwi hijau adalah jawapannya, tetapi untuk anda yang gemarkan rasa tropika dan lebih manis tetapi menyegarkan, pilihlah buah kiwi kuning keemasan yang juga sesuai dinikmati oleh kanak-kanak.

Buah kiwi ZESPRI Green dan ZESPRI Gold boleh didapati di pasar raya terkemuka seperti Carrefour, Giant, Jusco dan Tesco. Ia dijual pada harga RM6.49 untuk empat biji ZESPRI Gold dan RM6.99 untuk 8 biji ZESPRI Green. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang www.zespri.com
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url