Larian Gunung Besar Hantu Julai 2009
Menurut kenyataan Sportec's Outdoor Centre, larian itu akan bermula dari Rimba Sabana hingga ke puncak Gunung Besar Hantu dengan jarak keseluruhan larian adalah kira-kira 13 kilometer.
Larian yang dianjurkan oleh Persatuan Kembara Negara itu dijangka disertai oleh kira-kira 200 orang.
"Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim yang juga Ahli Parlimen Jelebu dijadualkan hadir untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang,'" kata kenyataan itu kepada Kosmo! di Kuala Lumpur.
Selepas larian kedua ini, satu lagi larian akan diadakan di Gunung Bujang Melaka di Kampar, Perak pada November ini.
Juara keseluruhan akan dinobatkan sebagai King of the Mountain 2009.
Kenyataan itu menyebut, juara keseluruhan ditentukan mengikut jumlah pungutan mata yang dikumpul oleh peserta yang mengambil bahagian dalam ketiga-tiga larian tersebut.
Larian siri pertama telah diadakan di Gunung Nuang, Selangor pada April lalu. Para pemenang akan diberikan wang tunai, barangan dan sijil penyertaan. Hadiah wang tunai dan jersi King of the Mountain 2009 juga akan diberikan kepada juara keseluruhan Cabaran Coleman M2M 2009 ini.
Borang penyertaan boleh dimuat turun melalui laman web Persatuan Kembara Negara www.kembara.negara. net. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Sekretariat Cabaran Coleman M2M 2009 di talian 013-3763698 (Mohd. Dendera Billah atau 019-2500022, Ahmad Reduan).