Derita Nabil tiada alat kelamin
Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati bayi lelaki pertama mereka tidak memiliki alat kelamin seperti lelaki normal meskipun selepas 10 bulan dilahirkan.
Bayi itu, Muhammad Nabil Mustaqim Rodzake yang dilahirkan di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada Ogos tahun lalu hanya mempunyai dua buah zakar namun alat sulitnya tidak kelihatan.
Ekoran itu, bapanya, Rodzake Namis, 35, berkata, beliau begitu gusar mengenangkan nasib yang menimpa anaknya yang terpaksa menggunakan saluran najis untuk kencing dan membuang air besar.
"Beberapa minggu selepas Nabil dilahirkan, dia sukar membuang air kencing sehingga perutnya kembung dan doktor terpaksa menebuk lubang untuk sambung saluran kencing ke saluran najisnya.
"Oleh itu, saya harap bantuan doktor pakar untuk memeriksa keadaan anak saya dan memberi pandangan terutama tentang kesihatan serta masa depannya," kata Rodzake ketika ditemui di rumahnya di Batu 5 di sini semalam.
Rodzake, seorang peniaga kedai makan, memberitahu, anaknya itu juga memiliki kecacatan fizikal lain iaitu tiada kelopak mata, mempunyai sembilan jari, cuma ada telinga sebelah kiri selain mempunyai ruang pernafasan hidung yang sempit.
- KOSMO!
semoga Allah memberi segala kemudahan dan kesembuhan yang tiada penyakit lagi setelah kesembuhan itu kepada nabil dan keluarganya.