Shukery Hashim meninggal dunia akibat kanser pankreas


Pelakon Shukery Hashim, 55, meninggal dunia pada pukul 1.15 petang tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras, akibat kanser pankreas yang dialaminya sejak tiga bulan lalu.

Jenazah akan dimandikan dan disembahyangkan di kediamannya di Taman Fairuza, Ampang sebelum disemadikan selepas Asar.

Arwah meninggalkan lima orang anak dan seorang balu, Faridah Md. Desa, 51.

Allahyarham Shukery adalah salah seorang pelakon drama yang popular. Arwah selalu menunjukkan lakonannya yang hidup dan penuh penghayatan.

Antara drama tempatan yang pernah dibintanginya ialah Di Mana Kasihmu, Cinta Gila dan 3T.

Shukery dilahirkan pada tahun 1954 dan merupakan anak jati Langkawi. Beliau mendapat pendidikan di merata tempat termasuk Sekolah St Michael, Alor Setar dan Sekolah Jalan Raja Muda yang dulunya dikenali dengan Princess Road School.

Walaupun mula berlakon pada 1984, arwah sebenarnya sudah terbabit dalam drama radio sejak 1975 di RTM.

Sepanjang pembabitannya dalam dunia seni, Shukery sudah menerima tiga anugerah yang diiktiraf sebagai terbaik dalam industri seni di Malaysia iaitu Pelakon Terbaik di Anugerah Sri Angkasa pada 1990; Pelakon Drama TV Terbaik di Anugerah Sri Angkasa (1994) dan Pelakon TV Lelaki Popular 1994 (1995).

- MSTAR
Next Post Previous Post
11 Comments
  • PUTRA MERDEKA
    PUTRA MERDEKA Rabu, 10 Jun 2009 pada 4:31:00 PTG SGT

    semoga rohnya dicucuri rahmat...amin al-fatihah

  • Miss Izah Mohamed
    Miss Izah Mohamed Rabu, 10 Jun 2009 pada 4:38:00 PTG SGT

    al fatihah.. smoga rohnya ditempatkan di klangan org2 mukmin.. amin

  • MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN)
    MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) Rabu, 10 Jun 2009 pada 4:42:00 PTG SGT

    AL-FATIHAH untuk arwah.
    Seorang pelakon yang serba boleh

  • Sara Jane Lulung
    Sara Jane Lulung Rabu, 10 Jun 2009 pada 4:45:00 PTG SGT

    satu berita yang mengejutkan dan merupakan satu kehilangan besar kepada industri seni tanah air.

  • faizalnizam
    faizalnizam Rabu, 10 Jun 2009 pada 4:48:00 PTG SGT

    semoga rohnya dicucuri rahmat

  • Relevan
    Relevan Rabu, 10 Jun 2009 pada 5:14:00 PTG SGT

    Alfatihah..kita kehilangan seorang aktor yang berjiwa..

  • amirul
    amirul Rabu, 10 Jun 2009 pada 7:04:00 PTG SGT

    Salam,
    Al-Fatihah... semoga rohnya ditempatkan bersama org2 mukmin yg soleh... Sememangnya Allah lebih menyayanginya... Industri tanah air kehilangan seorang bintang yg serba boleh...

  • TAAVEEKUN PERAK
    TAAVEEKUN PERAK Rabu, 10 Jun 2009 pada 7:10:00 PTG SGT

    Satu berita yang mengejutkan dan merupakan satu kehilangan besar kepada industri seni tanah air.Al Fatihah.. Smoga rohnya ditempatkan di kalangan org2 Mukmin.. amin

  • Pontianak Degil
    Pontianak Degil Rabu, 10 Jun 2009 pada 8:22:00 PTG SGT

    Uiks??Da meninggal. Semoga roh dicucuri rahmat dan dtempatkan bersama org2 mukmin. Aamin...

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Rabu, 10 Jun 2009 pada 8:38:00 PTG SGT

    innalillah..

  • MamiKechik
    MamiKechik Rabu, 10 Jun 2009 pada 10:31:00 PTG SGT

    innalillah....
    terkejut gak tetiba jer kan dapat berita ni...
    semoga arwah ditempatkan bersama golongan almukminin

Add Comment
comment url