Top Ad 728x90

DiGi tawar dua pelan baru

Dalam usaha memenuhi permintaan beberapa segmen penggunanya, syarikat telekomunikasi terkenal, DiGi Telecommunications Sdn. Bhd. (DiGi) baru-baru ini memperkenalkan dua pelan terbaru mereka.

Dikenali sebagai Pelan DG Family dan DiGi Prepaid Hit RM1, kedua-dua pelan mudah itu bakal menawarkan lebih penjimatan kepada pelanggan.

Menurut Ketua Bahagian Produk Pemasaran DiGi, Albern Murty, pelancaran pelan berkenaan bermatlamat menawarkan perkhidmatan yang lebih efektif mengikut keperluan pelanggan.

''Kami di DiGi melakukan pendekatan dengan mengambil kira permintaan pelanggan supaya perkhidmatan yang ditawarkan relevan dengan kehendak mereka,'' katanya pada pelancaran pelan berkenaan di Shah Alam, baru-baru ini.

Menarik mengenai Pelan DG Family, ia merupakan pakej fleksibel pertama dalam industri telekomunikasi yang menggabungkan perkhidmatan prabayar dan pascabayar dalam satu pelan.

Menerusi pelan famili tersebut, seorang pelanggan pascabayar boleh menambah sehingga tiga talian tambahan prabayar di bawahnya dengan maksimum enam talian tambahan keseluruhannya.

Pakej tersebut akan melibatkan pelan RM150 dan RM250 di mana pelanggan boleh menikmati perkhidmatan panggilan, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan dan khidmat pesanan multimedia (MMS) tanpa had secara percuma di antara mereka pada bila-bila dan di mana-mana sahaja.

''Melalui akaun yang sama, ahli keluarga akan dapat terus berhubung tanpa memikirkan soal caj yang dikenakan.

''Ia juga secara tidak langsung dapat memberi kemudahan kepada ibu bapa untuk memantau penggunaan di kalangan anak-anak mereka,'' jelasnya.

Untuk pengguna talian prabayar, mereka akan menikmati perkhidmatan tambah nilai secara automatik sebanyak RM15 sebulan untuk setiap talian.

Melihat kepada pelan DiGi Prepaid Hit RM1 pula, ia menyasarkan golongan pelanggan yang kerap menggunakan perkhidmatan suara dan SMS.

Menerusinya, pelanggan yang telah mencecah penggunaan SMS sebanyak RM1 dalam sehari, mereka akan dapat menikmati kadar rata 12 sen seminit untuk panggilan ke mana-mana rangkaian di seluruh negara untuk pada hari yang sama selain caj satu sen untuk menghantar SMS ke nombor DiGi.

Selain itu, bagi penggunaan Internet mobiliti pula, pelanggan akan dicaj satu sen untuk setiap penggunaan satu kilobait (KB) dengan kadar maksimum RM5 sehari.

''Pelanggan yang menggunakan pelan ini pastinya akan berpuas hati dengan penjimatan yang ditawarkan,'' katanya.

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90