Top Ad 728x90

,

JAWATAN KOSONG DI MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI BANDARAYA PELANCONGAN (MPL) KEDAH

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan serta berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut.

1. PENOLONG JURUTERA J 29
2. PENOLONG PEGAWAI SENIBINA J 29
3. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W 27
4. PEMBANTU TADBIR (PEKERANIAN/OPERASI) N 17

DOWNLOAD IKLAN

CARA MEMOHON

i) Borang permohonan boleh didapati dengan mengambil sendiri atau mengemukakan sampul surat berukuran 11cm x 23 cm yang beralamat sendiri dan bersetem 30 sen kepada Bahagian Perkhidmatan dan Perjawatan, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan 07000 Kuah, Langkawi Kedah Darul Aman.

ii) Pemohon-pemohon sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan pihak Berkuasa Tempatan hendaklah memajukan borang permohonan mereka melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 21 Bab A dengan menyertakan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan Terkini.

iii) Borang yang lengkap diisi hendaklah berserta salinan sijil-sijil kelulusan yang diperakui sah sebagai salinan sebenar. Pemohon hendaklah menulis nama jawatan yang dipohon disudut atas sebelah kiri sampul surat dan alamatkan kepada :

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI
BANDARAYA PELANCONGAN
07000 KUAH, LANGKAWI
KEDAH DARUL AMAN

Tarikh Tutup : 22 Ogos 2009

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90