ECER perkenalkan program atasi pengangguran

Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) memperkenalkan Program Penempatan Graduan dan Pekerja bagi membantu graduan dan penganggur di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Mersing, Johor mendapat pekerjaan.

ECER dalam kenyataan berkata, program tersebut dimulakan di Terengganu di mana satu taklimat telah diadakan kepada lebih 170 buah syarikat anjuran bersama Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) Jabatan Sumber Manusia.

"Program itu bertujuan menangani isu-isu pengangguran dan para pekerja diberhentikan kerja terutamanya yang terjejas akibat krisis ekonomi baru-baru ini dan pada masa sama ada syarikat yang mencari pekerja mahir dan separa mahir," kata Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC Datuk Jebasingam Issace John.

Menurutnya, di bawah program penempatan graduan, para graduan akan diambil bekerja oleh syarikat yang beroperasi di ECER selama dua tahun.

Dalam tempoh sembilan bulan pertama para peserta akan diberi pendedahan dan latihan di tempat kerja sementara dan mendapat gaji minimum bulanan sebanyak RM1,200 yang ditanggung bersama ECERDC dan syarikat-syarikat terlibat.

Bagi program Latihan Graduan pula, mereka akan ditempatkan di sesebuah syarikat dengan subsidi bayaran gaji di firma-firma ECER terpilih selama sembilan bulan dan berpeluang diserapkan menjadi pekerja tetap pada akhir tempoh dua tahun.

- UTUSAN
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url