Malaysia Masih Hadapi Risiko Hadapi Gelombang Kedua H1N1

Walaupun gelombang kedua H1N1 belum sampai ke negara ini, orang ramai dinasihatkan terus berjagajaga oleh kerana kes influenza A (H1N1) masih aktif di Malaysia.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata walaupun bilangan kes H1N1 yang dimasukkan ke hospital telah menurun ke 30 hingga 40 peratus, ini tidak bererti Malaysia bebas dari gelombang kedua, yang telahpun melanda beberapa negara lain.

"Kita bersyukur (gelombang kedua) belum sampai...Tapi kita tidak boleh isytiharkan negara bebas H1N1 lagi kerana H1N1 di negara kita masih aktif, terdapat keskes H1N1 yang dilaporkan di beberapa negeri namun kadar kematian telah berhenti setakat 77 kematian sejak beberapa bulan lepas.

"Walau bagaimanapun kita tidak boleh berada dalam keadaan selesa, kerana kita masih perlu berhatihati mengambil langkahlangkah sewajarnya untuk tangani isu ini," katanya selepas melancarkan Persidangan Antarabangsa Kedua mengenai Perubatan Desa 2009 di sini hari ini.

Mengenai perkembangan berkaitan, beliau berkata Sabah telahpun menerima pakej pertama tidak lebih dari 2,000 dos vaksin dari sejumlah 400,000 dos yang dipesan oleh kementerian dari sebuah syarikat UK, yang akan diserahkan secara berperingkat. "Menjelang Januari kita akan mendapat seluruh pakej yang diperuntukkan kepada Sabah, sebanyak 20,000 dos," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata Sabah bukan negeri yang berisiko tinggi berbanding Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang merupakan laluan keluar masuk antarabangsa. Rosnah memberi jaminan kementerian akan terus memantau keadaan dan akan memesan lebih banyak vaksin jika perlu.

Mengenai Pusat Perubatan Sabah (SMC), Rosnah berkata mereka telah menyelesaikan pengambilan alih 100 peratus fasiliti dan kerja-kerja naik taraf bernilai RM90 juta sedang berjalan.

"Pihak kementerian seperti juga rakyat di negeri Sabah, menunggununggu siapnya SMC agar dapat memberikan perkhidmatan 100 peratus. Kami telah meminta pihak berkenaan untuk laksanakan kerja penambahbaikan secepat mungkin, kalau boleh kurang dari enam bulan," katanya.

"Sabah juga akan mempunyai tiga klinik 1Malaysia, iaitu di Tanjung Aru (KK), di Tawau dan Sandakan, seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini," ujar beliau.

- BERNAMA
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url