Sejuta tempat duduk percuma dari Air Asia

Tempat duduk percuma kembali lagi! syarikat penerbangan tambang murah AirAsia Bhd. (AirAsia) menawarkan satu juta tempat duduk percuma ke lebih 70 destinasi.

Destinasi tersebut termasuk China, India, Taiwan, Indonesia, Thailand, Singapura dan 130 rangkaian yang melibatkan 20 negara.

Promosi tersebut akan bermula pada 11 hingga 15 November (waktu tempahan) bagi tempoh perjalanan dari 1 Mei hingga 30 Oktober 2010.

Ketua Komersial Rantau AirAsia, Kathleen Tan berkata, untuk menyambut kedatangan tahun 2010, ia merupakan promosi terbesar dan menarik untuk tahun ini.

''Tanpa caj bahan api dan yuran pengurusan ia merupakan tawaran dan nilai terbaik kepada pelanggan kami. Apabila berhadapan dengan krisis ekonomi orang ramai mencari perjalanan yang murah dan ia merupakan peluang terbaik untuk terbang dengan percuma bersama AirAsia.

''Ia juga merupakan tanda terima kasih kami kepada pelanggan yang telah menyokong dan menyumbang kepada kejayaan AirAsia yang telah menerima Anugerah Syarikat Penerbangan Terbaik 2009 daripada Pusat Penerbangan Asia Pasifik (CAPA),'' katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.

Tambah Tan, AirAsia sering memberi fokus kepada kepentingan tambang rendah bagi memastikan semua orang boleh terbang dan dengan promosi tempat duduk percuma ini akan memberikan pelanggan mereka lebih nilai.

''Selain itu, bagi melengkapkan promosi ini, portal perjalanan AirAsia, GoHoliday juga menawarkan pakej dan tawaran hebat termasuk bilik percuma untuk lebih 180 hotel Asia Pasifik secara dalam talian http://goholiday.airasia.com.

''Dengan tawaran menarik itu, pelanggan boleh merancang percutian mereka bagi menikmati percutian termurah menggunakan 10 pusat AirAsia,'' jelasnya.

- UTUSAN
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url