Punca KPLI tidak diiklankan


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca dalam ruangan Surat Kepada Pengarang dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 17 November 2009 – KENAPA TIADA PENGAMBILAN CALON KPLI SESI 2010 OLEH CIK ZIEZIE, PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN.

Untuk makluman penulis, Iklan KPLI tidak diiklankan kerana masih ramai calon/pemohon Ambilan Khas Jun 2009 yang berkelayakan yang masih belum ditawarkan kursus. Bahagian Pendidikan Guru (BPG), KPM juga telah mendapat kebenaran daripada Menteri Pelajaran Malaysia untuk tidak mengiklankan pengambilan KPLI. Keputusan ini juga selaras usaha kerajaan melaksanakan langkah berhemah dalam penggunaan belanja mengurus.

Calon KPLI Ambilan Januari 2010 diproses dari calon simpanan sejumlah hampir 40 ribu orang yang telah Lulus Ujian Saringan tetapi tidak dapat ditawarkan pada Ambilan Jun 2009 kerana unjuran keperluan guru bagi Ambilan Januari 2010 hanya seramai 1,555 calon sahaja.

Relevannya BPG, KPM mengambil calon simpanan adalah kerana kesemua calon simpanan terdiri daripada calon yang telah Lulus Ujian MTeST dan calon yang telah menjalani temuduga. Disebabkan unjuran/keperluan jawatan yang sedikit sebelum ini mereka tidak dapat ditempatkan/ditawarkan KPLI.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Next Post Previous Post
1 Comments
  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Sabtu, 5 Disember 2009 pada 6:45:00 PTG SGT

    salam 1 malaysia..
    saya nak bagi pendapat sedikit tentang hal ini..

    sebenarnya, mungkin pihak pentadbiran pengurusan pengambilan bahagian pendidikan guru kpm baru sahaja bertukar orang..
    difahamkan kemungkinan ke tidakcekapan mereka lah yang membuatkan mereka sebenarnya terlupa untuk mengiklankan jawatan tersebut..

    dalam hal ini sepatutnya semua jawatan perkhidmatan awam..profesional seperti guru KPLI ini perlu di iklankan sekurangnya2nya didalam satu akhbar berbahasa melayu.sila rujuk web mampu.gov.my

    oleh itu,alasan yang diberikan untuk berjimat dalam hal mengurus juga adalah rasional dalam masa negara kita sedang gawat ekonominya kini.

    saya rasa,kedua2 pihak harus faham situasi ini.mohon lagi jika iklan dikeluarkan,tq

Add Comment
comment url