Top Ad 728x90

Kemalangan: Lebih 300,000 jadi yatim

KUALA TERENGGANU 21 Feb. - Kemalangan jalan raya yang sering berlaku di negara ini merupakan antara penyebab utama kira-kira 300,000 kanak-kanak menjadi anak yatim.Presiden Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (Peyatim), Datuk Dr. Tengku Mahmud Mansor berkata, daripada statistik yang diperoleh, setiap hari akan ada anak menjadi yatim setelah ibu atau bapa mereka terlibat dalam kemalangan maut selain faktor meninggal dunia akibat sakit.

''Kira-kira 4,000 anak yatim ditempatkan di 54 buah asrama anak yatim di seluruh negara,'' katanya kepada pemberita selepas majlis penerimaan cek daripada Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Terengganu, Datuk Abdul Rahin Mohd. Said di sini, hari ini.

Sementara itu, Abdul Rahin berkata, Temasya Sukan Anak Yatim Kebangsaan (Sukya), iaitu sukan dwitahunan bagi anak yatim akan diadakan di negeri ini bermula 14 Mac ini.

Sukan lima hari itu akan melibatkan 3,500 peserta dan pegawai dengan kos keseluruhan penganjuran RM350,000.

"Kejohanan anjuran Peyatim dengan kerjasama kerajaan negeri, Perkaya dan Persatuan Kebajikan Islam (Perkasa) Terengganu akan diadakan di stadium tertutup Kompleks Sukan Gong Badak.

- BERNAMA

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90