Celcom Perkenal Pelan BlackBerry Messenger (BBM)
Pengarah Pemasarannya, Zalman Aefendy Zainal Abidin, berkata Pelan BBM disasarkan khusus untuk pelanggan prabayar Xpax, yang majoritinya golongan muda, berkomunikasi dengan komuniti BlackBerry dari semua rangkaian telekomunikasi tanpa mengehadkan akses.
“Dengan hanya membayar 50 sen sehari, pelanggan Xpax yang sudah memiliki telefon BlackBerry tetapi belum lagi mendapatkan perkhidmatannya kini boleh bersosial dengan komuniti laman sembang BlackBerry dari semua rangkaian.
“Dengan hanya membayar 50 sen sehari, pelanggan Xpax yang sudah memiliki telefon BlackBerry tetapi belum lagi mendapatkan perkhidmatannya kini boleh bersosial dengan komuniti laman sembang BlackBerry dari semua rangkaian.
“Mereka hanya perlu menaip ‘BB ON’ dan hantar ke nombor 28882 untuk mengaktifkannya,” katanya sambil menambah langkah strategik itu bertujuan mengembangkan kehadiran Celcom dalam segmen muda menerusi Xpax.
Beliau berkata demikian dalam taklimat media mengumumkan pelan terbaru daripada Celcom Axiata itu di Kuala Lumpur, semalam.
Zalman berkata, ada pasaran besar yang belum diterokai dikalangan pelanggan prabayar mudah alih yang kian bertambah dan adalah penting bagi Celcom Axiata meningkatkan usaha menambah lebih nilai kepada pelan BalckBerry sedia ada dengan mengembangkannya ke pasaran prabayar.
“Pelan BBM adalah jawapan kepada keperluan pelanggan muda yang mahu bersosial dengan komuniti laman sembang BlackBerry pada harga mampu,” katanya.
- BERITA HARIAN